Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Manis Bicara(Ingatan UntukKU)

Kalau seorang guru mengajar sambil duduk, Murid belajar sambil mengantuk.

Kalau seorang guru mengajar sambil berlakon, Murid belajar dengan tekun.
Kalau seorang guru mengajar tanpa alat, Murid belajar dengan ralat.
Kalau seorang guru mengajar banyak bercakap, ada murid yang bertambah gagap.
Kalau seorang guru menjadi pemudah cara, ramai murid pandai berbicara.
Kalau seorang guru mengajar tanpa menilai, tidak akan tahu murid yang bodoh atau pandai.
Kalau seorang guru berbudi bahasa, dikenang murid sepanjang masa.

Rabu, Mei 15, 2013

Selamat Hari Guru 2013

Salam



Kalau nak KAYA jangan jadi GURU,
Kalau nak Glamour jangan jadi GURU,
Kalau nak BANYAK KERJA jadilah GURU,
Kalau nak KENA MARAH DENGAN MAK BAPAK BUDAK jadilah GURU,
SELAMAT HARI GURU..walaupun tak berapa SELAMAT jadi GURU...

Ikhlaskan Diri, Tabahkan Hati..InsyaAllah Kami Warga Guru Akan Terus Berbakti Untuk Anak Didik Kami Yang Tercinta...Kejayaan Mereka, Kegembiraan Kami...SELAMAT HARI GURU KHAS KEPADA WARGA GURU MALAYSIA....



TERIMA KASIH BUAT GURU-GURUKU..MAY ALLAH BLESS U ALL!!!

Sabtu, Mei 11, 2013

Kursus penyebaran KSSR & PBS B ARAB Tahun 4 2013

Salam..

Alhamdulilah ,hari ini Insha ALLAH akan berakhirnya kursus penyebaran Bahasa Arab KSSR Tahun 4 di SK Bandar Baru Kuala Selangor.Kursus yang telah bermula pada 8 hb sehinggalah 11 hb Mei 2013 ini telah dihadiri seramai 40 orang guru Bahasa Arab di daerah Kuala Selangor.

Syukran wa khaira' Jaza' saya titipkan kepada semua rakan-rakan JURULATIH UTAMA iaitu Ustaz Razali Abdullah Sani,Ustazah Yusila Ishak dan Ustazah Siti Khadibah Samaun yang telah banyak membantu saya dalam menguruskan kursus 4 hari berturut-turut ini dengan jayanya.

Tak lupa juga buat sahabat-sahabat Guru Bahasa Arab yang telah hadir ke kursus ini..Terima Kasih atas sokongan dan ulasan kekuatan kursus yang telah diberikan kepada kami Jurulatih Utama..Insha Allah,akan saya jadikan pengajaran untuk hari yang mendatang.

Terima kasih juga buat Ustaz A.Rahman b Amran (selaku penyelaras Kursus dari PPD K.Sel) yang telah memberi kepercayaan kepada saya dan rakan JU yang lain dalam menyebarkan Maklumat mengenai KSSR B ARAB tahun 4 ini..

Di samping tak dilupakan kepada ustaz Ridzuan (Pegawai dari JPS) yang telah hadir semalam yang turut memberikan semangat kepada kami ke arah menjadi seorang guru bahasa arab yang profesional.

sekadar titipan gambar di sepanjang kursus berlangsung :--


Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah seperti berikut ;

1. Taklimat umum KSSR & PBS
2. Taklimat DSK & DSP Bahasa Arab tahun 4
3. Taklimat EMK
4. Taklimat KEBAT
5. Taklimat Buku teks tahun 4 & Transisi tahun 1
6. Taklimat Rujukan Standard dalam konteks pentaksiran sekolah
7. Taklimat Mikro pengajaran
8. Taklimat pengoperasian PBS
9. Bengkel dan pembentangan

Salam Takzim dari saya :


Semoga semua peserta kursus dapat manfaat di sepanjang kursus ini berlangsung..mohon kemaafan dari saya kira ada kelemahan yang tidak disengajakan di sepanjang saya menguruskan kursus ini..

SELAMAT MAJU JAYA !!!

Jumaat, Mei 03, 2013

Coretan Terakhir bersama Ustazah Hjh. Norizah bt Sulaiman..

Salam



Hari ini adalah hari terakhir beliau bersama kami,warga SKI.

Hari yang penuh dukacita buat saya..Semoga K.Zah bahagia dan dilindungi ALLAH dimana jua beliau berada..

Coretan Foto persaraan beliau :-







Terima Kasih ya ALLAH, kerana KAU telah pertemukan ku dengan nya..semoga perpisahan ini menjadi satu lagi perangsang untuk ku teruskan perjuanganku yang belum selesai di dalam dunia pendidikan ini..Kuatkan dan tabahkan hati ku ini ya ALLAH,rasa amat sedih menyelubungi diriku atas perpisahan ini..Moga KAU sentiasa bersama-sama ku..aamiin.

Ahad, April 28, 2013

Kursus Induksi JU KSSR & PBS Bahasa Arab Tahun 4,Zon Tengah..

Salam


Hotel Silka Maytower,KL..Alhamdulilah suasana didalamnya menenangkan dan amatlah sesuai untuk kami(para JU)mendudukinya 4 Hari 3 Malam dek kepeningan sedikit dalam memahami konsep KSSR dan PBS..

Kursus Jurulatih Bahasa Arab tahun 4 KSSR telah diadakan di Silka Maytower,Kuala Lumpur pada 23-26 April 2013.Kursus peringkat zon tengah ini telah dihadiri oleh semua JU Bahasa Arab,Pendidikan Islam dan Moral yang terpilih di daerah masing-masing.Ia adalah anjuran BPK,KPM.Kursus ini telah dikelolakan oleh barisan Pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) DAN Jurulatih Utama Kebangsaan (JUK) dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK),KPM.

Alhamdulilah...satu kursus yang amat memberi manfaat buat saya dan memberi kefahaman mengenai KSSR & PBS.Terima Kasih kepada pihak penganjur yang telah menganjurkan program ini..sesungguhnya,amat besar tanggungjawab saya dan sahabat JU yang lain selepas ini kerana kami telah dipertanggungjawabkan untuk menyebarkannya di daerah masing-masing.Allahuakbar,moga dipermudahkan ALLAH untuk saya nanti,Insha Allah..aamiin.

Kursus hari pertama 23 April 2013/Selasa :


Bermula kursus dengan Taklimat urus setia dan kewangan oleh Encik Mohd Salim Taufiq Rashidi


Taklimat umum Konsep KSSR oleh Pn Norazah Ibrahim


Taklimat Pelaksanaan PBS oleh Pn Norashidah


Taklimat Pentaksiran Rujukan Standard dalam konteks Pentaksiran Sekolah oleh Pn Dayang Puspa Sufian

Kursus hari kedua 24 April 2013/Rabu :


Taklimat DSK & DSP oleh Ustaz Ahmad Zakwan,sebelum itu, taklimat JUK oleh Ustaz Mior bagi subjek Bahasa Arab KSSR tahun 4 2014


Taklimat DSP oleh 3 orang JUK iaitu Ustaz Naz,Ustazah Pauziah dan Ustazah Shifa


Taklimat Kemahiran Berfikir Aras yang tinggi (KEBAT) oleh Ustazah Aedah Zakaria


Kursus hari ketiga 25 April 2013/Khamis :

Taklimat EMK oleh Ustazah Maizatul


Taklimat bahan sokongan Kurikulum (buku teks tahun 4 2014) oleh Ustaz Mohd Bakri


Taklimat Transisi tahun 1 2014 oleh Ustazah Faezah


Taklimat pembentangan Mikro teaching oleh Ustaz Mior...DAN selepas itu kami diberi arahan dalam pembengkelan mengikut kumpulan yang telah diberi..

Kursus hari keempat 26 April 2013/Jumaat :


Taklimat PBS & Pengoperasi PBS Tahun 4 oleh Pn Wan Faizatul Shima dan Encik ...sory dah tak ingat namanya (mereka berdua dari LPM)


Terima Kasih dari saya :-


Selamat maju Jaya buat semua Jurulatih Utama,Zon Tengah !!!

Moga kita dapat menyampaikan semua maklumat daripada kursus ini kepada sahabat-sahabat kita nanti dengan sempurna.

Selasa, April 23, 2013

Coretan ke Nadwah Kepemimpinan SMKA Kebangsaan 2013 kali ke-4

Salam

Alhamdulilah..

Setelah 4 hari 3 malam (19-22 april 2013), saya berada di SMKA MAAHAD MUAR ,JOHOR bagi mengiringi 29 orang peserta yang mewakili negeri Selangor ,maka,di kesempatan waktu yang terbatas ini saya sekadar ingin mencoretkan secara ringkas tentang perjalanan saya bersama 5 orang guru pengiring di sana..

Sesungguhnya,saya bersyukur kerana tn haji rosnen b hj Alawi (pegawai JPS)sudi sekali lagi mempelawa saya ke sana untuk mengambil pengalaman bagi program NADWAH ini untuk ditambahbaik dan dikongsi bersama rakan-rakan JU Selangor yang lain dalam program Dakwah JPS pada masa hadapan.

Banyak aktiviti yang telah berlangsung selama 4 hari 3 malam tersebut ..

Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program yang sangat berguna ini dalam melahirkan PEMIMPIN bertaqwa di kalangan pelajar-pelajar menengah agama .

Antara foto-foto menarik di sana-

dan paling istimewa buat teman-teman sebilik yang sangat 'best' dan sporting giler disepanjang saya berada di sana sebagai teman pengubat 'stress' :

Ustazah Yana,Ustazah Nasimah,saya,dan Ustazah Farah..

Terima kasih semua...semoga program itu memberi manfaat buat semua terutamanya diri saya yang perlu memperbaiki diri dalam pelbagai aspek mengharungi kehidupan ini.

Sabtu, April 13, 2013

Nadwah KEPEMIMPINAN pelajar Islam (NKISMKA) peringkat Negeri Selangor 2013

Salam..

ALHAMDULILAH..

Telah selesai sudah Kem Nadwah SMKA yang telah berlangsung pada hari Jumaat-Sabtu (12-13 April 2013) di SMKA Simpang 5,Sabak Bernam,Selangor..Kehadiran peserta-peserta dari 3 buah sekolah yang seramai 67 orang yang terpilih bagi mengikuti program bermanfaat ini telah berlangsung dengan jayanya. Meskipun aktiviti program sangat lah penuh, namun amat membanggakan bagi pihak para jurulatih kerana mereka telah menunjukkan prestasi yang baik dan cuba memenuhi hasrat objektif program ini.semoga di peringkat kebangsaan nanti (19-22 April di Johor)mereka yang terpilih daripada program ini dapat mengharumkan nama negeri selangor.Insha Allah.

Sekadar penghargaan TERIMA KASIH buat semua pihak yang telah menjayakan kem Nadwah ini..Mohon kemaafan dari saya kira ada kelemahan yang tidak disengajakan sepanjang saya bertugas sebagai Jurulatih di sana..

sedikit foto yang sempat diambil :--
Ice breaking bermula..
Majlis penutupan ...tetamu kehormat : Ustaz Haji Rosnen (JPS),Ustaz Jaafar b Rajuli (Perasmi) dan GPK HEM dari SMKA Simpang 5.
Turut hadir pada malam pertama program : Ustaz Saphuan yang telah memberi sepatah dua kata selepas solat maghrib kepada semua peserta nadwah.
slot kembara...
slot forum perdana.

dan barisan 30 orang peserta yang telah terpilih mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan :--


Barisan peserta lelaki

Barisan peserta perempuan

Tahniah semuanya !!!

Terima kasih buat Jurulatih-jurulatih kokurikulum Pendidikan Islam,JPS:-

(Ustaz Kamil,Ustaz Hadi,Ustaz Jumadi,Ustaz Hasnol,Ustaz Basit,Ustazah Salwa,Ustazah Noraizan,Ustazah Norulaini dan Ustazah Razila)

Terima kasih kepada Ustaz Rosnen Hj Alawi,selaku penyelaras nadwah dari JPS ;-


SELAMAT MAJU JAYA !!!